Kurik Kundi Merah Saga | Ungkit-ungkit kayu cendana, Cendana tempat ara berbunga; Cik adik abang nak bertanya, Di mana tempat syurga dunia? |
Kurik Kundi Merah Saga | Cendana sarang tempurung, Encik Tambun menggulai siput; Nyawa merat seperti burung, Laksana embun di hujung rumput. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kayu cendana titian beruk, Orang menebang kayu beraksa; Hamba ini orang buruk, Tambah hina tidak berbangsa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rumah kecil tiang cendana, Rumah besar dimakan api; Adik kecil abang nak tanya, Dengar khabar ditinggal laki. |
Kurik Kundi Merah Saga | Racik-racik kayu cendana, Kayu kira di dalam puan; Wahai cik adik abang nak tanya, Boleh tak kita berjual pantun. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kurang kapur tambah cendana, Burung punai atas keranji; Kami juga akan bertanya, Menunai akan segala janji. |
Kurik Kundi Merah Saga | Telur angsa sarang setalam, Cendana sarang tempurung; Embun menitik serata alam, Nyawa melarat seperti burung. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cari galah kayu di hutan, Singgah menetak cendana gaharu; Minta doa mudah-mudahan, Boleh rezeki datang selalu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tetak buluh buat rakit, Hendak memuat kayu cendana; Ubatlah abang sakit adik, Kalau tak ubat adik merana. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sungguh harum bau gaharu, Tidak samalah dengan cendana; Sungguh banyak orang yang baru, Tidaklah sama orang yang lama. |