Kurik Kundi Merah Saga | Galah cengal perahu cengal, Muatlah sarat batang nibung; Sudah kenal buat tak kenal, Itulah tanda awaklah sombong. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tetak cengal buat kemudi, Buah pauh Permatang Panjang; Dengar adik baik budi, Dari jauh abang datang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ambil cengal buat kemudi, Hanyut batang hambat berhambat; Abang dengar saya baik budi, Abang datang lambat sangat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Patah cengal Nabi Daud, Patah mati ditimpa pedang; Kalau tidak angin bertiup, Masakan pokok boleh bergoncang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rumah cengal bertiang berancak, Kayu jelutung si kayu nangka; Orang Jengal sungguhlah bijak, Pandai berpantun pandai berseloka. |
Kurik Kundi Merah Saga | Perahu cengal dua buah, Muat sarat si buah pedada; Kuala Jengal kampung bertuah, Tempat orang bermain mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bunga Bakawali di Teluk Cengal, Buat ubat seribu guna; Kilat di air sudah kukenal, Yang mana satu jantan betina. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tetak pauh atas permatang, Ambil cengal buat kemudi; Abang jauh lagi datang, Dengar adik baik budi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Lagi pauh permatang rendah, Ambil cengal buat kemudi; Dari jauh abang datang, Dengar dinda baik budi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Gertak sirih muda di ladang, Daun cengal dilirik-lirik; Kalau tak boleh adinda kucadang, Air sungai berbalik mudik. |