Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.rah] | چره

Definisi : ; ~ muntah Kl penyakit taun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.rah] | چره

Definisi : 1 tidak gelap atau tidak kelam; terang (bkn hari, bulan, lampu dll): Hari sudah ~. 2 dpt dilihat menerusinya (ttg kaca); jernih: kaca ~. 3 tidak hitam (ttg warna kulit); agak putih: Orangnya tinggi lampai serta berkulit ~. 4 berseri; tidak muram (ttg paras muka): Wajahnya kelihatan ~ setelah memakan ubat itu. 5 ki senang dan aman (ttg kehidupan seseorang); bahagia: Sejak harga getah naik, kehidupan mereka bertambah ~. mencerahkan menjadikan cerah. ke­cerahan keadaan cerah; kejernihan. pencerahan perbuatan atau proses mencerahkan: krim yg dpt membantu ~ kulit. pencerah sesuatu (bahan) yg mencerahkan kulit dsb: losen ~ kulit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cerah

Puisi
 

Bulan cerah bersinar benar,
     Cahayanya cerah sampai ke pintu;
Cuba cubit abang nak kenal,
     Lainkah tidak dari dahulu?


Lihat selanjutnya...(12)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaCerah-cerah bintang seribu, Tidaklah sama bintang tembaga; Banyak-banyak orang di situ, Ada seorang cahaya mata.
Kurik Kundi Merah SagaBulan cerah bersinar benar, Cahayanya cerah sampai ke pintu; Cuba cubit abang nak kenal, Lainkah tidak dari dahulu?
Kurik Kundi Merah SagaBulan cerah langit putih, Ambil galah menikam tebing; Bukan mudah mencerai kasih, Seperti darah meninggal daging.
Kurik Kundi Merah SagaSesudah malam bulan cerah, Bintang jua tumpang berada; Jangan adik duk ambil susah, Abang ada di depan mata.
Kurik Kundi Merah SagaSesudah malam bulan cerah, Bintang jua tumpang berada; Jangan adik duk ambil susah, Abang ada di depan mata.
Kurik Kundi Merah SagaMana kata bulan tak cerah, Bulan belum purnama lagi; Mana kata abang tak susah, Badan bersama belum lagi.
Kurik Kundi Merah SagaBagaimana hendak pasang gaslin, Cerah sampai negeri China; Bagaimana kita hendak kahwin, Abang sudah ada yang punya.
Kurik Kundi Merah SagaBulan Safar bulan sebelas, Cahayanya cerah menyapu awan; Bukan mengata bukan membalas, Saya serah melukut secawan.
Kurik Kundi Merah SagaApa guna pasang pelita, Pasang tanglung cerah lagi; Apa guna bermain cinta, Ambil langsung puas hati.
Kurik Kundi Merah SagaJohor Bahru ibu negeri, Sultan Mahmud raja mulia; Berapapun cerah matahari, Bulan juga membawa cahaya.
12

Kembali ke atas