Kurik Kundi Merah Saga | Apa ada dalam cerana, Cerana berisi si bunga melur; Apalah salah hendak bertanya, Budi sebetul jalan sebenar. |
Kurik Kundi Merah Saga | Makan sirih dalam cerana, Daun sirih sudah layu; Ke hulu bersama ke hilir bersama, Macamlah isi dengan kuku. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tatang puan tatang cerana, Tatang melukut padi paya; Datang tuan datang semua, Datang menghibur hati saya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ceriti pinang ceriti, Cerana di atas papan; Sirih ini sirih pengganti, Kalau sudi silalah makan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ambil lepas dalam cerana, Ambil tali ikat peria; Ambo nak pelepas anak teruna, Pelepas sekali anak dara. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tatang puan tatang cerana, Batang berdiri rama-rama; Datang tuan datanglah nyawa, Mari duduk bersama-sama. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tatang puan tatang cerana, Tatang duduk Seri Rama; Datang tuan datanglah nyawa, Datang duduk bersama-sama. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sirih tidak pinang pun tidak, Cerana sahaja tunggang-langgang; Kasih tidak tunang pun tidak, Saja dia berulang-ulang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sirih tidak pinang pun tidak, Cerana sahaja tunggang-langgang; Kasih tidak kenang pun tidak, Sahaja abang terulang-ulang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sirih tidak pinang pun tidak, Cerana sahaja tunggang-langgang; Kasih tidak tunang pun tidak, Saja dia berulang-ulang. |