Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj bekas tempat sirih dll (bentuknya bulat atau bujur spt dulang berkaki dan dibuat drpd logam); ~ biduk cerana yg rupanya spt biduk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cerana I

Puisi
 

Makan sirih dalam cerana,
     Daun sirih sudah layu;
Ke hulu bersama ke hilir bersama,
     Macamlah isi dengan kuku.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Merawal menulang bukit,
     cerana menengah kota.

Bermaksud :

Tanda yang nyata bahawa seseorang itu hendak memajukan sesuatu permintaan. merawal = panji-panji.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaApa ada dalam cerana, Cerana berisi si bunga melur; Apalah salah hendak bertanya, Budi sebetul jalan sebenar.
Kurik Kundi Merah SagaMakan sirih dalam cerana, Daun sirih sudah layu; Ke hulu bersama ke hilir bersama, Macamlah isi dengan kuku.
Kurik Kundi Merah SagaTatang puan tatang cerana, Tatang melukut padi paya; Datang tuan datang semua, Datang menghibur hati saya.
Kurik Kundi Merah SagaCeriti pinang ceriti, Cerana di atas papan; Sirih ini sirih pengganti, Kalau sudi silalah makan.
Kurik Kundi Merah SagaAmbil lepas dalam cerana, Ambil tali ikat peria; Ambo nak pelepas anak teruna, Pelepas sekali anak dara.
Kurik Kundi Merah SagaTatang puan tatang cerana, Batang berdiri rama-rama; Datang tuan datanglah nyawa, Mari duduk bersama-sama.
Kurik Kundi Merah SagaTatang puan tatang cerana, Tatang duduk Seri Rama; Datang tuan datanglah nyawa, Datang duduk bersama-sama.
Kurik Kundi Merah SagaSirih tidak pinang pun tidak, Cerana sahaja tunggang-langgang; Kasih tidak tunang pun tidak, Saja dia berulang-ulang.
Kurik Kundi Merah SagaSirih tidak pinang pun tidak, Cerana sahaja tunggang-langgang; Kasih tidak kenang pun tidak, Sahaja abang terulang-ulang.
Kurik Kundi Merah SagaSirih tidak pinang pun tidak, Cerana sahaja tunggang-langgang; Kasih tidak tunang pun tidak, Saja dia berulang-ulang.
123

Kembali ke atas