Kurik Kundi Merah Saga | Hari Ahad pergi ke panggung, Melihat cerita Seri Andalas; Hati rindu tidak tertanggung, Budi tuan tidak terbalas. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hari minggu pergi ke panggung, Dengar cerita anak dewa; Hati rindu tidak tertanggung, Kalau tidak mati menjadi gila. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari Pingah ke Bangkahulu, Banyak membawa pucuk cemperai; Kalau ingat cerita dulu, Air mata gugur berderai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Panjang rambut Cik Jelita, Panjang melilit ke tumit kaki; Dengarlah dengar murai cerita, Kapal berlabuh di Tanjung Jati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain baldu bersulam tangan, Sulam sutera cara lama; Hati rindu banyak kenangan, Ingatkan cerita zaman lama. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain baldu bersulam tangan, Sulam sutera cara lama; Hati rindu banyak kenangan, Ingatkan cerita zaman lama. |
Kurik Kundi Merah Saga | Banyak nyamuk di hutan Tengar, Buah betik dipanggil papaya; Kicau murai lagi didengar, Inikan pula cerita manusia. |