Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cer.min] | چرمين

Definisi : 1. = ~ muka kaca (biasanya dicat dgn raksa dll di bahagian belakangnya) utk melihat rupa muka sendiri, kaca muka: ia menggantungkan ~ itu di dlm bilik tidur; 2. kaca, gelas: ia menjengah-jengahkan mukanya ke tempat lauk-pauk yg dilingkungi ~ tebal; 3. ki = ~ perbandingan sesuatu yg dijadikan contoh (pelajaran, teladan) utk diikuti dll: tingkah laku seseorang guru itu menjadi ~ bagi murid-murid; 4. ki sesuatu yg menggambarkan (membayangkan) keada­an lahir atau batin (spt perasaan, fikiran, dll): sastera ialah ~ masyarakat tempat ia diciptakan; ~ bantal cermin kecil pd bantal seraga; ~ cekung cermin yg melengkung ke dlm; ~ cembung cermin yg melengkung ke luar spt bahagian luar bola; ~ mata kaca mata; ~ melengkung cermin yg cekung (cembung); ~ pembesar kanta yg digunakan utk melihat sesuatu dgn lebih besar; ~ penghidupan se­suatu yg boleh menjadi contoh (teladan, pe­lajaran) utk hidup; ~ sisi cermin yg dipasang­kan pd sisi kanan atau pd kedua-dua sisi kenderaan (utk membolehkan pemandunya melihat kenderaan yg datang dr belakang); ~ tangan cermin kecil yg mempunyai tangkai pemegang; ~ telinga Id alat utk melihat dlm telinga; ~ terus sl cermin yg digunakan oleh tukang tilik (jurutenung) utk mengetahui atau meramalkan sesuatu; ~ wasiat cermin yg sakti atau hikmat; buruk muka ~ dibelah prb kerana kesalahan sendiri, orang lain yg dipersalahkan; bercermin 1. melihat muka sendiri dlm cermin (air jernih dll): ia memakai pakaian sambil ~; 2. memakai cermin, ada cerminnya, berkaca: almari pakaian biasanya ~; ~ mata memakai cermin mata; 3. ki mengambil teladan (contoh, pelajaran): kenapa kita mesti ~ kpd orang jahat; 4. ki meneliti, memeriksa; ~ bangkai mendapat (menanggung) malu; jangan ~ di air keruh prb jangan diturut teladan yg buruk; mencermini melihat pd cermin (supaya dapat melihat muka sendiri dll): bukan dicermini mukanya dahulu; mencerminkan membayangkan sesuatu yg lahir atau batin (spt sesuatu keadaan, per­golakan, perasaan, sikap, dll), menggam­barkan: akhbar tersebut ~ dasar luar Filipina; muzik dapat ~ perasaan sedih, gembira, dll; mempe(r)cermin 1. menggunakan sesuatu sbg cermin; 2. = mempercerminkan selalu melihat (menyaksikan): hatinya telah kian renggang drpd nafsu kpd wang berbilang, kpd pangkat kehormatan yg selalu dipercerminkan drpd Tuan Direktornya; tercermin tergambar, terbayang: drpd ciptaan seninya yg bersungguh-sungguh itu, ~lah seluruh pergolakan jiwanya; cerminan gambaran, bayangan: ketiga-tiga watak ini memang dimaksudkan sbg ~ setengah-setengah manusia; pencerminan perihal mencerminkan: begitu juga karyanya lebih mementingkan unsur ~ sosial. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cer.min] | چرمين

Definisi : ; ~ batu sj tumbuhan (herba), Pentasacme caudatum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cer.min] | چرمين

Definisi : 1. sj ikan laut, caping, sagai, Caranx carangus; 2. sj ikan laut, betek, rambai, Caranx armatus; 3. sj ikan laut, ebek, rambai landih, sagai, Caranx gallus (Alectis indica). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cer.min] | چرمين

Definisi : 1 = ~ muka kaca yg diguna­kan utk melihat bayang diri sendiri; kaca muka: Ia membawa bedak, sisir dan ~ kecil dlm begnya. 2 benda keras yg mudah pecah dan biasanya jernih, lejas atau lesam dan dpt digunakan utk membuat penutup tingkap dsb; gelas; kaca: Bilik pegawai itu berdindingkan ~. 3 = ~ mata kaca yg diberi berbingkai dan dipakai utk menambah daya penglihatan dsb; kaca mata. 4 ki sesuatu yg menggambarkan (membayangkan) keadaan sesuatu: Sastera ialah ~ masyarakat pd sesuatu zaman. ~ cekung cermin yg melengkung ke dalam. ~ cembung cermin yg melengkung ke luar. ~ seraga cermin yg dipasang pd bantal seraga. bercermin 1 melihat bayang diri sendiri dlm cermin. 2 memakai cermin; ada cermin pdnya; mempunyai cermin: Almari itu ~. ~ bangkai ki mendapat malu. mencerminkan membayangkan se­suatu keadaan; menggambarkan: Jumlah kaum yg diambil bekerja itu hendaklah ~ imbangan peratus drpd jumlah keseluruhan penduduk di Malaysia. tercermin terbayang; tergambar: Pergolakan jiwanya ~ dlm lukisannya itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[cer.min] | چرمين

Definisi : beberapa jenis ikan laut, Caranx spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cermin

Puisi
 

Bawa tombak bawa cermin,
     Sapu tangan simpul pulih;
Nampak bayang dalam cermin,
     Hendak dibawa tidak boleh.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Datar bak lantai papan,
     licin bak dinding cermin.

Bermaksud :

Keputusan yang sangat adil.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaCermin damit kami mulanya, Ditangkap ketam patah kaki; Mulanya kamilah yang punya, Sudah sekarang lain ganti.
Kurik Kundi Merah SagaBawa tombak bawa cermin, Sapu tangan simpul pulih; Nampak bayang dalam cermin, Hendak dibawa tidak boleh.
Kurik Kundi Merah SagaBawa tombak bawa cermin, Rendang lada simpul pulih; Tengok gambar dalam cermin, Sungguh ada nak ambil tak boleh.
Kurik Kundi Merah SagaZaman dahulu cermin cina, Hingga sekarang patah kakinya; Zaman dahulu saya punya, Hingga sekarang ada gantinya.
Kurik Kundi Merah SagaDari dulu cermin cina, Kini sekarang patah kakinya; Dari dulu abang punya, Kini sekarang ada gantinya.
Kurik Kundi Merah SagaDari dahulu cermin cina, Sampai sekarang patah kakinya; Dari dahulu tuan punya, Sampai sekarang lain gantinya.
Kurik Kundi Merah SagaDari dahulu cermin cina, Sudah sekarang patah gantinya; Dari dahulu kami yang punya, Sudah sekarang tuan yang punya.
Kurik Kundi Merah SagaBawal tambak bawal cermin, Ketiga dengan bawal Pak Isa; Tuan tak hendak saya tak ingin, Sama-sama tidak merasa.
Kurik Kundi Merah SagaSapu tangan cindang berambu, Bakar akan cermin cinanya; Jika sudah untung bertemu, Kita mendapat ia empunya.
Kurik Kundi Merah SagaBergoncang pohon ditiup angin, Habis luruh si buah saga; Tuan sepantun kilat cermin, Di balik gunung nampak jua.
12

Kembali ke atas