| Kurik Kundi Merah Saga | Giling cili dibuat sambal, Buat gulai sayur lobak; Sayu hati menengok kapal, Tenggelam timbul dipukul ombak. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Buah berangan masaknya merah, Lada cili dalam perahu; Luka di tangan nampak berdarah, Luka di hati sahabat tak tahu. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Ambil cincin sarung di jari, Pakai oleh budak-budak; Kalau berniaga ringgit sendiri, Cili garam taukeh juga. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Apa daya tebing tinggi, Batang api di Muara Tebas; Apa daya di tahun ini, Tanam cili tak pedas. |