Kurik Kundi Merah Saga | Pergi ke bukit mencari inai, Inai tidak berbunga lagi; Sungguh ada sutera cindai, Cindai tidak berguna lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Perahu belayar menyusur arus, Patah kemudi susur di pantai; Baik cari cindai yang halus, Alah beli menang dipakai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pergi ke Tanjung membeli sirih, Belum dapat kuning gagangnya; Habis gudang cindai kupilih, Belum dapat sering benangnya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pergi ke bukit memetik bunga, Bawa orang pulang ke hulu; Kalau cindai tidak berguna, Sutera belacu terbuang lalu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang mengail tepi pantai, Dapat seekor ikan todak; Sungguh halus sutera cindai, Kalau buruk terbuang juga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ular lidi di pohon binjai, Mari terlanggar gugur ke tanah; Biar sejari kain cindai, Banyak berkodi apa gunanya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang sekoci perahu Melayu, Sarat muatan belayar balik; Habis sekodi pilih sekayu, Belum dapat cindai yang baik. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kapal kecil kemudi kayu, Hendak belayar tanah seberang; Kain sekodi pilih sekayu, Boleh dapat cindai terbilang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ada satu panglima Pulai, Pelihara janggut serta misai; Begitu banyak kain di kedai, Berkain kasar dengan cindai. |