Kurik Kundi Merah Saga | Cuba-cuba menanam sirih, Cekor ada tumbuh sendiri; Cuba-cuba bertambat kasih, Kalau ada tunjukkan diri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cuba-cuba menanam sirih, Takut nak ada tumbuh sulurnya; Cuba-cuba merebut kasih, Takut nak ada unjuk hulurnya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cuba-cuba ditimang-timang, Batu delima dari seberang; Kalau tak banyak bunga yang kembang, Kumbang yang mana mahu terbang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ayuh encik ayuh saudara, Cuba-cuba menabur padi; Kalau ada angin utara, Apa kehendak serba jadi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau hendak menjemur padi, Jemur mari tengah halaman; Cuba-cuba menabur budi, Kalau baik dibuat jaman. |
Kurik Kundi Merah Saga | Lumba-lumba main gelombang, Riak sampai Kuala Linggi; Cuba-cuba menanam mumbang, Kalau hidup tuah negeri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Lumba-lumba bermain gelombang, Cuaca redup tengah hari; Cuba-cuba menanam mumbang, Kalau hidup tuah negeri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak Cina berjual terung, Hilang sebiji di tapak tangan; Sudah lama ayam kukurung, Cuba-cuba lepas di laman. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tuan memburu landak, Saya membeli batu berkati; Kalau puan benar-benar hendak, Cuba-cuba meninggal laki. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tuan memburu landak, Saya membeli batu berkati; Kalau puan benar-benar hendak, Cuba-cuba meninggal laki. |