Kurik Kundi Merah Saga | Kain cukin diregang-regang, Bawa budak sambil berlari; Biar miskin lagi dagang, Asal pandai membawa diri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain cukin kain sutera, Buat pengesat kaki dulang; Sudah miskin bertambah hina, Buat apa kepada orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain cukin basahan mandi, Jemur mari di hujung galah; Ditamatkan pantun kebajikan budi, Memohon ampun barang yang salah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bentang tikar bentang cukin, Bentang mari pagi hari; Bila tersiram air talkin, Umat baru sedarkan diri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak dara berkain cukin, Dari Daik bulan puasa; Tidak kira kaya miskin, Asalkan baik budi bahasa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain baru kain cukin, Bawa mari kesat dulang; Sudah buruk lagi miskin, Mana nak guna kepada orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain buruk kain cukin, Taruh di meja lapik gelas; Sudah berpucuk warkah dikirim, Sudah dibaca mengapa tak dibalas? |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain buruk kain cukin, Taruh di meja lapik gelas; Sudah berpucuk warkah dikirim, Sudah dibaca mengapa tak dibalas? |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa guna kain cukin, Sudah ada baju kebaya; Apa guna adik miskin, Baik cari orang kaya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ada satu anak Semarang, Pakai cukin kain jarang; Kalau tidak tunas di batang, Pokok yang mana boleh dicabang? |