Kurik Kundi Merah Saga | Orang Kedah timbang neraca, Seperti dacing negeri Kelantan; Kalau sudah nasib kaca, Terikat di cincin dikata intan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dagangan datang dari Melaka, Timbang mari dacing tembaga; Cakap sombong saya tak suka, Lantai nibung makan kepala. |
Kurik Kundi Merah Saga | Gali cacing di Kampung Cina, Pergi mengail keruh airnya; Timbang dacing kena sukatnya, Baru berniaga boleh lama. |
Kurik Kundi Merah Saga | Terbang ayam di tengah laman, Kuis-kuis mencari makan; Sudah biasa dacing di tangan, Rugi di kampung untung di pekan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Encik Arshad menggali cacing, Itik baru kerat kepaknya; Kalau pandai menimbang dacing, Baru tahu di mana beratnya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang Seberang gali cacing, Cacing ada di kebun Cina; Beli timbang kutengok dacing, Beli borong kerap terkena. |
Kurik Kundi Merah Saga | Budak-budak gali cacing, Gali mari bawah tempurung; Kalau tak kenal mata dacing, Lagi ditimbang baik diborong. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak Cina menggali cacing, Letak mari dalam tempurung; Kalau tak kenal mata dacing, Pada ditimbang baik diborong. |