Kurik Kundi Merah Saga | Haji Daik duduk di pintu, Dagu ditumpang menggigit jari; Memang pahit hidup dimadu, Biar bujang seorang diri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Seri Mersing lagu Melayu, Mari dikarang zaman dahulu; Duduk termenung menongkat dagu, Mengenang nasib dagang piatu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau menggulung kuih sagu, Jangan lupa menaruh inti; Orang termenung menupang dagu, Itulah tanda kecewa di hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau menggulung kuih sagu, Jangan lupa menaruh inti; Orang termenung menupang dagu, Itulah tanda kecewa di hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hujan di hulu hujan di hilir, Hujan turun rintik-rintik; Pandang dagu pandang leher, Pandang kening bertambah cantik. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pergi mencari si kayu laku, Pacat sampai naik ke kaki; Jangan termenung menongkat dagu, Kerja lain banyak lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Yam Tuan pergi ke rimba, Tangkap merbuk pandai berlagu; Janganlah tuan mencabar hamba, Takut penumbuk hinggap ke dagu. |