Kurik Kundi Merah Saga | Tiga petak tiga penjuru, Anak haruan di Padang Cina; Habis dah ubat habis dah peluru, Barang tembak sedikit pun tak kena. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ada kain lupa ke baju, Konon baju layu dah bunga; Ada lain lupakan aku, Kerana aku orang dah hina. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang ke darat air dah surut, Rumah sebesar menyingkil air; Hati melarat jangan diturut, Jangan memotong dengan takdir. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau belah jangan panjang, Itu dah memang adat jati; Saya izinkan puan pulang, Tapi jangan lupa janji. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau perahu puan tenggelam, Anak buaya pandai berenang; Kalau dah tahu cara Islam, Bolehlah abang tolong ajarkan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Gunung Medan Hutan Aji, Padang Mawa bendang berlumpur; Kalau dah anak mengaji, Bolehlah berdoa di atas kubur. |
Kurik Kundi Merah Saga | Encik Akop menggali kolam, Delima batu dipenggal-penggal; Kalau dah sanggup jadi Islam, Lima waktu jangan ditinggal. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hilir perahu dari seberang, Dengar suara ayam berkokok; Kalau dah tahu harimau garang, Pasang jerat di pangkal pokok. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pecah tombak Ulu Tembeli, Mari letak di tapak tangan; Dah bertolak saya di sini, Tinggal tapak di tengah laman. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tahan punai kena merbuk, Merbuk bersarang di kayu jati; Dah tahu benda tu mabuk, Sahaja nak cari mati. |