| Kurik Kundi Merah Saga | Budak-budak meruncing kalam, Makin diruncing makin tajam; Setitik dakwat nak perintah kalam, Adakah nyamuk nak perintah alam. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Ke darat menebang juak tukas, Tukas kutebang tepi jeraya; Laksana dakwat dengan kertas, Samalah hancur sama binasa. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Sayang ke darat menahan pukat, Sayang ke padang ke Sungai Merah; Seperti kertas dengan dakwat, Sama menghancur sama mengalah. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Teluk merah di atas talam, Talam terletak di atas geta; Inilah surat berkirim salam, Dakwat bercampur air mata. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Kain batik selendang batik, Basuh tikar di atas batas; Adik cantik abang pun cantik, Bagai dakwat dengan kertas. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Kain batik selendang batik, Basuh tikar di atas batas; Adik cantik abang pun cantik, Bagai dakwat dengan kertas. |