Kurik Kundi Merah Saga | Sapu tangan penyapu tangan, Dibawa orang ke tepian; Malang tangan celaka tangan, Dalam tangan untung bahagian. |
Kurik Kundi Merah Saga | Yu tangan sapu tangan, Jatuh ke laman berisi bunga; Busuk tangan celaka tangan, Dalam tangan orang punya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sapu tangan ke tangan juga, Jatuh ke laman berisi bunga; Ketuk tangan terasa tangan, Dalam tangan orang punya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sapu tangan jatuh ke laman, Tiba di laman berisi bunga; Celaka tangan jembalang tangan, Dalam tangan orang punya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sapu tangan penyapu tangan, Menyapu tangan anak Raja Cina; Lah malang tangan celaka tangan, Di dalam tangan diambil orang pula. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang jembalang bermata tujuh, Ditukang oleh tukang emas; Jangan digusar jangan digaduh, Di dalam tangan digenggam kemas. |
Kurik Kundi Merah Saga | Baju hitam dikancing tujuh, Mari dipakai Baba seberang; Kalau tuan berani sungguh, Ambillah saya dalam tangan orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Saya tak cakap katakan upih, Kerana seludang jatuh melintang; Saya tak cakap kata boleh, Kerana saya dalam tangan orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Putus tali di atas papan, Mari terletak di atas tangan; Sudah hati kumbang berlapan, Mengenang bunga di dalam tangan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sapu tangan disapu tangan, Jatuh ke laman berisi bunga; Malang tangan celaka tangan, Lepas tangan orang punya. |