Kurik Kundi Merah Saga | Tahu juga padi tak jadi, Beli juga beras perahu; Tahu juga orang tak sudi, Balas juga jangan tak tahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang Cina juga Melayu, Juga Jepun tak jadi bertanam; Apa kena bungaku layu, Bunga ditunggu salah ditanam. |
Kurik Kundi Merah Saga | Minumlah kopi tidak bergula, Pahit-pahit diminum juga; Jikalau sudah hati gila, Jahat dan baik kutolong juga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kelapa muda muda juga, Kelapa tua dibuat inti; Suka suka juga, Sembahyang kita jangan dihenti. |
Kurik Kundi Merah Saga | Boleh juga belayar kapal, Patah galah apa galahnya? Boleh juga bertukar pakai, Kalau bujang apa salahnya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak udang, udang juga, Tidak sama anak tenggiri; Anak orang orang juga, Tidak sama anak sendiri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari cempedak baiklah nangka, Nangka juga panjang tangkainya; Dari budak baiklah janda, Janda juga banyak akalnya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Mari menengok main telantak, Diikat juga dia pulang; Baiklah mahu mari hendak, Mengikut juga tuan pulang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hendak makan tidak berikan, Ikan lumba makan juga; Hendak berkayuh tiada bersampan, Hati rindu kutahan juga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Padi Jawa ditaburlah orang, Padi muda dilurut juga; Beri sepuluh orang melarang, Hati muda diturut juga. |