Kurik Kundi Merah Saga | Dang ding dang cabai Melaka, Kulit kaki tumpang tenggiri; Sakit hati berpandang mata, Sekadar menyakit hati sendiri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dang empat berjalan-jalan, Jalan-jalan ke rumah; Air mataku tumpah di jalan, Mengenang badanku terlalu murah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dang Ratni berkain merah, Kain bertenun dari Palembang; Tiada saya menaruh intan yang indah, Bunga melur baru nak kembang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tuan Mahmud bermain tombak, Dang Kasuma menangkap tupai; Kalau takut dilambung ombak, Jangan berumah di tepi pantai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kereta kuda kereta pedati, Mari dinaik Raja Dang Ratu; Sungguh adik tidak mengerti, Apalah maksud kata begitu. |