Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.pur.da.pur] | داڤور٢

Definisi : 1. bahagian yg di luar drpd sesuatu benda; ~ bedil sl tempat menaruh ubat bedil pd senapang kuno; 2. bahagian badan (yg tertentu); ~ bahu bahagian di bawah bahu; ~ susu bahagian di bawah susu (buah dada). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dapur-dapur

Puisi
 

Betul bodoh orang di dapur,
     Keris pesaka potongkan sayur;
Sungguh songket bunga bertabur,
     Kerap tercampak di balik dapur.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Merantau di sudut dapur.

Bermaksud :

Pergi mencari penghidupan ke tempat yang tak berapa jauh. (Biasa juga: Merantau ke balik dapur).

 

Lihat selanjutnya...(11)

62

Blow your own trumpet

Membangga-banggakan kejayaan, kelebihan diri dan sebagainya atau memuji-muji diri sendiri.

Mengepit daun kunyit

"I don't want to blow your own trumpet, but I can cook better than that celebrity chef," said the kitchen helper.

"Aku tak mahulah mengepit daun kunyit, tetapi aku lebih pandai memasak daripada jurumasak terkenal itu," kata pembantu dapur tersebut.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(5)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaDapur kayu dapur belulang, Nampak saja berkilat-kilat; Cakap tuan tak usah berulang, Adik pandai menangkap kilat.
Kurik Kundi Merah SagaBetul bodoh orang di dapur, Keris pesaka potongkan sayur; Sungguh songket bunga bertabur, Kerap tercampak di balik dapur.
Kurik Kundi Merah SagaDuduk di dapur membakar inggu, Hendak mengubat sawan budak; Sawah berlumpur lagi kutunggu, Inikan pula padi dah masak.
Kurik Kundi Merah SagaKe bilik ke dapur, Gulai ayam pedas; Itik yang bertelur, Ayam yang menetas.
Kurik Kundi Merah SagaPermaisuri duduk di dapur, Dayang-dayang sedang menari; Doa abang tidak menyusur, Doa adik selebih lagi.
Kurik Kundi Merah SagaTetak belimbing condong ke dapur, Tetak tunjang dari dahan; Minta sirih dengannya kapur, Minta sekali dengan tuan-tuan.
Kurik Kundi Merah SagaTepak sirih di tepi dapur, Buat pelantar di rumah Tuk Penghulu; Minta sirih barang sekapur, Buat ubat hati rindu.
Kurik Kundi Merah SagaPergi ke kedai membeli arang, Bawa dapur memasak kerang; Apa guna harimau garang, Kalau tidak memakan orang.
Kurik Kundi Merah SagaPisang emas tepi telaga, Peram di dapur masaknya tiga; Sebentuk emas sebentuk tembaga, Sudah dilebur menjadi suasa.
Kurik Kundi Merah SagaKulitlah ketam dipanggang lotong, Panggang di dapur tinggal tulang; Nasibku badan tidak beruntung, Ayam ditambat disambar helang.
12

Kembali ke atas