| Kurik Kundi Merah Saga | Jin besar turun bertapa, Minum darah segantang sehari; Ikan di laut jangan dituba, Siamang di rimba habis mati. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Hinggaplah hinggap ke kayu tinggi, Tumpah darah ke daun pisang; Kamek datang tumpang di sini, Kain basah kering di pinggang. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Kain kaca berbunga dedap, Dibawa nakhoda ke negeri Keling; Darah gemuruh rasa tak sedap, Kerana cinta sudah berpaling. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Kain kaca berbunga dedap, Dibawa nakhoda ke negeri Keling; Darah gemuruh rasa tak sedap, Kerana cinta sudah berpaling. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Selat Teberau lompat gajah, Sambil menanduk akar dedalu; Berderau rasanya darah, Hendaklah ke janda dahulu. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Selat Teberau lompat gajah, Sambil menanduk akar dedalu; Berderau rasanya darah, Hendaklah ke janda dahulu. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Kain batik merah mirap, Palembang anak Raja Bayang; Nampak adik darah tersirap, Badan bak rasa bayang-bayang. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Kain batik merah mirap, Palembang anak Raja Bayang; Nampak adik darah tersirap, Badan bak rasa bayang-bayang. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Ayam hutan terbang ke hutan, Sangkut sikit tali kemudi; Daging bukan darah pun bukan, Sangkut sikit kerana budi. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Rebah jatuh ke tanah merah, Kerana terhempas pada tanah; Inikan pula daging darah, Menjemput tuan naik ke rumah. |