Kurik Kundi Merah Saga | Sedap sungguhbunga gatang, Jangan diletak atas gelegar; Bukanlah datang sebarang datang, Datang membawa hajat yang besar. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bukan kacang sebarang kacang, Kacang melilit di ranting kayu; Bukan datang sebarang datang, Datang menyambut pengantin baru. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bukan kacang sebarang kacang, Kacang melilit di pohon kayu; Bukan datang sebarang datang, Datang jemput kerana malu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kentang bukan sebarang kentang, Kentang di pokok masak kari; Datang bukan sebarang datang, Datang memupuk hajat di hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kajang tuan kajang berlipat, Kajang kami mengkuang layu; Datang tuan datang bertempat, Datang kami terbuang lalu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tatang puan tatang cerana, Tatang melukut padi paya; Datang tuan datang semua, Datang menghibur hati saya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Turun batang naik batang, Dapat seekor landak betina; Suruh datang saya datang, Sudah datang bena tak bena. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pasang ini pasang purnama, Daun cempedak tidak melayang; Datang ini datang bertanya, Hendaklah tidak berkasih sayang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Saya malas berhuma di cerang, Naik batang turun batang; Saya malas duduk bujang, Sirih datang pinang datang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Saja bertiga datang ke padang, Datang ke padang membeli baju; Fasal saja duduk bergendang, Duduk bergendang melepas malu. |