Kurik Kundi Merah Saga | Tetak tebu tiga batang, Pisang hitam masak di kebun; Abang tipu kata nak datang, Bulan gelap hujan nak turun. |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa sebab bulan tak terang, Bulan pega di Tanjung Batik; Apa sebab apa tak datang, Abang pegang muda yang cantik. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau datang kapal serati, Naik bendera separuh tiang; Kalau datang si jantung hati, Bulan mengambang kusangka siang. |

Kurik Kundi Merah Saga | Guna apa senduduk sebatang, Di tepi jalan dahannya melintang; Saya duduk tuan datang, Bagaikan bulan dipagari bintang. |

Kurik Kundi Merah Saga | Mengail ikan di bawah batang, Ikan siakap kata senangin; Tiga bulan abang tak datang, Sirih dihantar dilayang angin. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hendak tidur tidurlah Siti, Mimpi menyorok celah batang; Tidur tuan belah tepi, Bulan menyorok saya datang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sebab bulan terbit pagi, Bunga pandan dalam cerana; Sebab intan datang ke mari, Nampak berlain dalam bunga. |