Kurik Kundi Merah Saga | Saja bertiga datang ke padang, Datang ke padang membeli baju; Fasal saja duduk bergendang, Duduk bergendang melepas malu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Gayung gendang pecah balai, Kusembah mari raja Cendana; Kamu dendam datang ke mari, Kami tak boleh datang ke sana. |
Kurik Kundi Merah Saga | Putik pauh dari Pematang, Pijat-pijat dari Patani; Dari jauh tuan datang, Apa hajat datang ke sini. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hendak berembun pergi ke pulau, Datang ke pulau pergi ke tanjung; Lagilah hidup kita bergurau, Sudahlah mati bergolek seorang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tekukur terbang ke langit, Datang ke langit merindu dunia; Bunga melur kembangan damit, Sungguh damit harum baunya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari Perlis pergi ke Sabah, Datang ke Sabah berjalan kaki; Biar mati bertumpah darah, Namun kuundur tidak sekali. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang Arab pulang ke Jeddah, Datang ke Jeddah menanam sagu; Harap kami bukan mudah, Laksana tebu menjadi kayu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pakai kasut turun ke pasir, Datang ke pasir lalu berjalan; Hati kusut tidak terucir, Ucirlah ucir darimu tuan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang Arab berjalan ke tanjung, Datang ke tanjung menjual intan; Jangan diharap berdua pulang, Janji manis ditelan jangan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari Semantan pergi ke Lundu, Datang ke Lundu berjalan kaki; Apa kena hatiku pilu, Mengenang tuan jauh pergi. |