Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.ya] | داي

Definisi : 1. kekuatan, tenaga, keupayaan, kemampuan: ~ pengangkutan lori itu dua tan sahaja; usaha-usaha utk meninggikan ~ pengeluaran; ~ berfikir; 2. akal, ikhtiar, jalan (utk sesuatu); habis segala ~ habis ikhtiar; seribu ~ bermacam-macam akal (ikhtiar); 3. muslihat, tipu; tipu ~ tipu muslihat; ~ batin kekuatan batin; ~ cipta keupayaan (kebolehan) mencipta; ~ fikir kekuatan atau keupayaan utk menggunakan akal fikiran; ~ ghaib kuasa ghaib (spt kesaktian dsb); ~ gerak kekuatan utk bergerak; ~ ingatan kekuatan atau keupayaan fikiran utk mengingat sesuatu atau seseorang; ~ juang kemampuan utk berjuang atau memperjuangkan sesuatu dgn gigih; ~ kuda (Fiz) unit utk mengukur tenaga (enjin dll), kuasa kuda; ~ penarik (tarik) kekuatan (kebolehan) utk menarik sesuatu (benda, orang, dll); ~ tahan kemampuan utk mempertahankan diri atau bertahan drpd sesuatu ancaman (bahaya, penyakit dsb); ~ usaha = ~ utama kegiatan (usaha) utk memelopori sesuatu; sedaya = sedaya upaya; berdaya 1. mempunyai tenaga, bertenaga, berupaya: mereka sudah terlalu keletihan dan tidak ~ lagi; 2. mempunyai kemampuan (keupayaan): aku tidak ~ membalas budi­nya; tujuannya supaya kita berdisiplin, ber­sistem dan ~ menyelesaikan sesuatu per­soalan yg rumit; 3. mempunyai muslihat (fikiran, ikhtiar); memperdaya, memperdayakan, men­daya, mendayakan menjalankan tipu daya (muslihat), menipu: apabila sudah begitu, mudahlah mereka mendayakan kami spt yg sudah diperdayakannya beberapa orang pelayan; mendayai 1. menipu, mengakali; 2. mem­pengaruhi; 3. memberi tenaga (kekuatan dsb); terdaya termampu, bertenaga, ber­ke­mam­puan, berkeupayaan: jangan-jangan dia tidak ~ hendak menjalankan kerjanya nanti; hanya lima sen minyak utk pelita itu sahaja yg ~ oleh mereka setiap petang; terperdaya terkena tipu daya (muslihat), tertipu; kedayaan kebolehan membuat sesuatu; perdayaan tipu daya, tipu muslihat: tidak baik bertunang lama-lama, takut tidak terlawan ~ iblis nanti; pendayaan perihal (perbuatan) mendayai atau mendayakan, penipuan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.ya] | داي

Definisi : ; barat ~ mata angin atau arah di antara barat dgn selatan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.ya] | داي

Definisi : 1 tenaga; kekuatan; kemampuan: Dia kehabisan ~ utk mendaki bukit itu. 2 akal; ikhtiar; muslihat: Dia mencari ~ hendak menipu orang itu. ~ cipta kebolehan mencipta. ~ fikir keupayaan atau kekuatan utk menggunakan akal fikiran. ~ ghaib kuasa ghaib. ~ graviti kuasa (tarikan) antara dua benda, terutamanya kuasa yg menarik benda-benda ke bumi. ~ guna kemampuan utk mendatangkan hasil atau faedah: Peladang dan pesawah berusaha utk meningkatkan ~ guna tanah mereka. ~ ingatan keupayaan atau kekuatan utk mengingat sesuatu atau seseorang. ~ juang kemampuan utk mempertahankan atau mencapai sesuatu dgn sungguh-sungguh. ~ kuda satuan utk mengukur tenaga enjin dll. ~ penarik a. kebolehan utk menarik sesuatu. b. kebolehan utk menarik hati orang lain. ~ sawat kuasa atau tenaga yg dikeluarkan (dihasilkan) oleh sesuatu pesawat. ~ utama (usaha) kegiatan atau usaha utk memulakan sesuatu. berdaya bertenaga; berupaya; mampu: Samad tidak ~ hendak mengangkat peti itu. Dia tidak ~ hendak membayar hutang-hutangnya. mendayai 1 memberi daya (kekuatan) kpd. 2 mengenakan pengaruh pd; mempengaruhi. 3 mengenakan tipu helah pd; mengakali. memperdaya melakukan tipu helah (muslihat); menipu: Dlm cerita kanak-kanak, sang kancil selalu ~ binatang-binatang hutan yg lain. terdaya berkemampuan membuat sesuatu; berupaya; bertenaga; terbuat: Tidak ~ olehnya mengangkat tong yg berat itu. terperdaya tertipu: Perempuan itu telah ~ oleh rayuan dan pujukan lelaki yg tidak bertanggungjawab itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata daya

Puisi
 

Apa daya bajuku ini,
     Begini lemah lagi berlari;
Apa daya hatiku ini,
     Makin dihibur makin berahi.


Lihat selanjutnya...(31)
Peribahasa

Hendak seribu daya,
     tak hendak seribu upaya.

Bermaksud :

Tiap-tiap ada kemahuan, tentu ada jalan.

 

Lihat selanjutnya...(27)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBarat daya kencang semalam, Tongkat patah titian roboh; Apalah daya bujang semalam, Mengembang bunga di wajahnya subuh.
Kurik Kundi Merah SagaApa daya bajuku ini, Begini lemah lagi berlari; Apa daya hatiku ini, Makin dihibur makin berahi.
Kurik Kundi Merah SagaApa daya tebing tinggi, Batang api di Muara Tebas; Apa daya di tahun ini, Tanam cili tak pedas.
Kurik Kundi Merah SagaTiup angin selatan daya, Sapu tangan jatuh ke lumpur; Kasih orang apanya daya, Nak lupa tak lupa masanya tidur.
Kurik Kundi Merah SagaApa daya dengannya kuku, Terlebih baik dengannya pedang; Tak usah dihantar sampai di pintu, Kakandamu boleh berjalan seorang.
Kurik Kundi Merah SagaNaik ke bukit bekerja daya, Tempat orang menggaji kayu; Untung nasib takdir saya, Bunga kembang menjadi layu.
Kurik Kundi Merah SagaDibawa angin ke barat daya, Jatuh ia ke atas titi; Kalau tuan ceritakan saya, Boleh saya pergi nanti.
Kurik Kundi Merah SagaPanglima raja mudik bergalah, Ditiup angin selatan daya; Laut darat dijadikan Allah, Asam manis semua serupa.
Kurik Kundi Merah SagaJohor Bahru Tanjung Puteri, Angin berhembus di Barat Daya; Jangan dikejar gunung berlari, Hilang kabus nampaklah dia.
Kurik Kundi Merah SagaHari raya sembahyang raya, Raja berangkat dari istana; Dari daya dan upaya, Tiada rotan akar berguna.
1234

Kembali ke atas