Kurik Kundi Merah Saga | Dayang-dayang mandi menyimbur, Mandi menyimbur cucuran atap; Ayuhai Cik Dayang jangan takbur, Sedangkan burung dapat kutangkap. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dayang-dayang mandi menyimbur, Mandi menyimbur di pohon getah; Ayuhai Cik Dayang jangan takbur, Sedangkan burung dapat kugetah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dayang-dayang mandi menyimbur, Mandi menyimbur di pohon kandis; Ayuhai Cik Dayang jangan takbur, Sedangkan burung tunduk menangis. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dayang-dayang sedang menari, Sekalian kadam petik kecapi; Doa adik lebihlah lagi, Saya ajak abang sendiri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Permaisuri duduk di dapur, Dayang-dayang sedang menari; Doa abang tidak menyusur, Doa adik selebih lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Berapa banyak bintang, Aku hitung lima ribu lima; Apa pembujuk hatimu dayang, Hati dayang tidak menerima. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dayang mengurai semalam mandi, Tupai terjatuh tengah halaman; Perangai iblis jangan hampiri, Kerana iblis menggugur iman. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dayang Juita menanam padi, Rumah buruk tangga sembilan; Air mata jatuh ke pipi, Macam pungguk rindukan bulan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dayang Juita berjalan kaki, Rumah buruk tangga sembilan; Menyuruh gila apakan jadi, Seperti pungguk rindukan bulan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dayang Aspah anak Nualam, Mengembang ku bunga kembang tuli; Ada panasnya bertengah malam, Turun embun bertengah hari. |