Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sj alat yg berdaun pd hujung batang­nya utk menggerakkan perahu (sampan dsb), pengayuh; anak ~ orang yg mengayuh (perahu); batang ~ tangkai dayung (bahagian dayung selain daunnya); daun ~ bahagian (papan) yg pipih pd hujung dayung; 2. ridip pd dada ikan; 3. Id pengayuh pd basikal (utk menggerakkannya); ~ batang dayung yg panjang batangnya; ~ burit dayung di bahagian belakang (perahu, sampan, dsb); ~ gebeng dayung yg daunnya sudah dipakukan pd hujung batangnya; ~ haluan dayung di bahagian hadapan (perahu, sampan, dsb); ~ kebas (kibas) dayung yg panjang dan lebar daunnya; ~-mayung ber­bagai-bagai jenis dayung; ~ merpati sekawan dayung yg daunnya berwarna putih; ~ peminggang dayung yg di bahagian per­tengahan perahu (sampan dsb); ~ tudung belanga dayung yg bulat daunnya; sekali merengkuh ~, dua tiga pulau terlampau prb sekali membuat pekerjaan dua tiga maksud tercapai; berdayung 1. berperahu (berkapal, ber­sampan, dll) dgn menggunakan dayung, meng­gerakkan perahu dsb dgn menggunakan dayung, berkayuh: sesudah beberapa lama mati angin, kapal layar itu tidak bergerak dr tempatnya, sehingga anak buahnya terpaksa ~; 2. Id berkayuh basikal; mendayung 1. menggerakkan (perahu dsb) dgn menggunakan dayung, mengayuh (dgn dayung): sukan-sukan yg diadakan ialah lumba lari, ~ sampan, menembak, berenang, dll; 2. Id mengayuh basikal; mendayungkan 1. menggerakkan (perahu, sampan, dll) dgn dayung, mengayuhkan; 2. Id mengayuhkan basikal; pendayung 1. orang yg mendayung, anak dayung; 2. alat utk mendayung, pengayuh, dayung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 kayu yg berdaun di hujung batangnya utk menggerakkan perahu (sampan dll): pengayuh: Perahu ini tidak dpt digunakan kerana tidak ada ~nya. 2 sirip pd dada ikan. 3 pengayuh basikal. berdayung 1 berperahu dgn menggunakan dayung; berkayuh: Mereka ~ menyeberangi sungai yg dalam itu. 2 merengkuh dayung utk menggerakkan sampan dll; berkayuh: Sesiapa yg cepat ~, dialah yg sampai dahulu. 3 naik basikal dgn memutarkan pengayuhnya. 4 memutarkan pengayuh utk menggerakkan basikal. mendayung 1 menggerakkan perahu (sampan dll) dgn dayung; mengayuh: Pemuda itu ~ perahunya ke seberang. 2 menggerakkan basikal dgn memutarkan pengayuhnya; mengayuh. mendayungkan mendayung utk: Tolong dayungkan saya ke seberang. pendayung 1 orang yg berdayung atau mendayung; anak dayung. 2 alat utk mendayung; pengayuh; dayung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dayung.

Puisi
 

Sorong dayung ditarik dayung,
     Tariklah papan sama rata;
Tuanlah pulang berkembang payung,
     Kami yang tinggal jahat rasanya.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Sambil berdiang,
     nasi masak.

Bermaksud :

Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar, b. Berkayuh sambil bertimba, c. Berkayuh sambil ke hilir, d. Sambil berdendang, biduk hilir, e. Sekali membuka pura, dua tiga hutang terbayar, f. Sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaTarik dayung lintang dayung, Dayung terlintang belah perigi; Burung pucung menjadi rambung, Rambung menjadi burung nuri.
Kurik Kundi Merah SagaSorong dayung ditarik dayung, Tariklah papan sama rata; Tuanlah pulang berkembang payung, Kami yang tinggal jahat rasanya.
Kurik Kundi Merah SagaHulur dayung tarik dayung, Papat rumput sama ratanya; Tuan pulang berkembang payung, Kami tinggal galak rasanya.
Kurik Kundi Merah SagaDua belas dayung berkunci, Dayung pergi tanah seberang; Sedikit hati abang tak benci, Jangan didengar fitnah orang.
Kurik Kundi Merah SagaApa guna dayung direngkuh, Perahu payang kayu meranti; Apalah guna menunggu tumbuh, Yang hilang belum pun berganti.
Kurik Kundi Merah SagaLima belas dayung petani, Pisang emas masak di kebun; Tuanlah belas memandang kami, Siang nan panas malam berembun.
Kurik Kundi Merah SagaDua belas dayung petani, Bertanam nanas dalam kebun; Tidakkah belas pandangkan kami, Siang berpanas malam berembun.
Kurik Kundi Merah SagaTiga belas dayung kupaut, Hendak berdayung tanah seberang; Hati di dalam kelam kabut, Tidak kulupa kepada abang.
Kurik Kundi Merah SagaDua belas dayung ke Jambi, Putik nanas di dalam kebun; Adik tak belas memandang kami, Siang berpanas malam berembun.
Kurik Kundi Merah SagaAir pasang dayung sampan, Angin turun baik layarkan; Tahu makan tahu simpan, Rahsia jangan tuan khabarkan.
12

Kembali ke atas