Kurik Kundi Merah Saga | Ya sungguh makan dek api, Buah kelubi padang seberang; Ya sungguh tinggal dek laki, Apa peduli pada orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Terkiok ayam dek musang, Ambil hatinya sebelanga; Janganlah kasih digerusang, Biar berungai hendaknya lama. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sagu ladang makan dek kuda, Ramas limau dalam telaga; Tidak padan dengan kita, Dia emas kita tembaga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sagu ladang makan dek kuda, Anak udang balik batu; Tidak padan dengan kita, Apa abang kata begitu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ayam-ayam tersipi-sipi, Sambar dek elang tercungap-cungap; Tidur malam termimpi-mimpi, Tidur siang teringat-ingat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ayam bertelur dalam semak, Telur habis makan dek jukung; Bagaimana badan tak gemuk, Abang balik membawa untung. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tanam timun dalam jerelung, Sagu ladang makan dek kuda; Segala semut sejenak jerung, Tidak padan dengan kita. |
Kurik Kundi Merah Saga | Soldadu mudik enam orang, Tinggi berjamang pula; Lihat dek made awan terbang, Entah ke mana akan sampainya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Teluk Yong Kemadu Angsa, Tiga dengan Teluk Melati; Ketuk dek tudung haram tak biasa, Hanya menjeling sampai ke hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Terlitak-litak dari pekan, Menjinjing lauk kira-kira; Bukannya litak dek tak makan, Litak diremuk kira-kira. |