Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dek-

Puisi
 

Terkiok ayam dek musang,
     Ambil hatinya sebelanga;
Janganlah kasih digerusang,
     Biar berungai hendaknya lama.


Lihat selanjutnya...(19)
Peribahasa

Kain rabak tegal dek lenggang awak,
     baju rabik tegal dek lenggok awak,
kopiah pesuk tegal dek lonjak awak.

Bermaksud :

Orang yang suka bermegah-megah akhirnya mencelakakan dan merugikan diri sendiri. rabak = koyak panjang atau lebar; rabik = sobek di tepi, cabik-cabik; pesuk = lekuk.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaYa sungguh makan dek api, Buah kelubi padang seberang; Ya sungguh tinggal dek laki, Apa peduli pada orang.
Kurik Kundi Merah SagaTerkiok ayam dek musang, Ambil hatinya sebelanga; Janganlah kasih digerusang, Biar berungai hendaknya lama.
Kurik Kundi Merah SagaSagu ladang makan dek kuda, Ramas limau dalam telaga; Tidak padan dengan kita, Dia emas kita tembaga.
Kurik Kundi Merah SagaSagu ladang makan dek kuda, Anak udang balik batu; Tidak padan dengan kita, Apa abang kata begitu.
Kurik Kundi Merah SagaAyam-ayam tersipi-sipi, Sambar dek elang tercungap-cungap; Tidur malam termimpi-mimpi, Tidur siang teringat-ingat.
Kurik Kundi Merah SagaAyam bertelur dalam semak, Telur habis makan dek jukung; Bagaimana badan tak gemuk, Abang balik membawa untung.
Kurik Kundi Merah SagaTanam timun dalam jerelung, Sagu ladang makan dek kuda; Segala semut sejenak jerung, Tidak padan dengan kita.
Kurik Kundi Merah SagaSoldadu mudik enam orang, Tinggi berjamang pula; Lihat dek made awan terbang, Entah ke mana akan sampainya.
Kurik Kundi Merah SagaTeluk Yong Kemadu Angsa, Tiga dengan Teluk Melati; Ketuk dek tudung haram tak biasa, Hanya menjeling sampai ke hati.
Kurik Kundi Merah SagaTerlitak-litak dari pekan, Menjinjing lauk kira-kira; Bukannya litak dek tak makan, Litak diremuk kira-kira.
12

Kembali ke atas