Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ® delik I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata deli

Puisi
 

Dari Deli pergi ke Medan,
     Singgah di kedai hujan menitik;
Kalau nak beli buah setandan,
     Tentu bercampur besar kecik.


Lihat selanjutnya...(14)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaOrang Deli balik ke Deli, Bawa duit beribu dinar; Allah di langit menjadi saksi, Saya berdiri tempat yang benar.
Kurik Kundi Merah SagaDari Deli pergi ke Medan, Singgah di kedai hujan menitik; Kalau nak beli buah setandan, Tentu bercampur besar kecik.
Kurik Kundi Merah SagaDari Deli pergi Palembang, Singgah bermalam dalam pekan; Berapa tinggi kumbang terbang, Di tangkai jua mencari makan.
Kurik Kundi Merah SagaBunga dibawa dari Deli, Kembang tengah tiga cabang; Tuan jual saya beli, Kalau tidak saya menumpang.
Kurik Kundi Merah SagaPandai tembak si anak Deli, Dapat seekor si burung pega; Orang menjual kita membeli, Berapa harga jangan dikira.
Kurik Kundi Merah SagaEncik hendak pergi ke Deli, Singgah di pantai ikan disuluh; Jika tidak dalam diri, Orang pandai menjadi bodoh.
Kurik Kundi Merah SagaDari seberang pergi ke Deli, Bawa utusan dari sana; Gelombang besar jangan peduli, Jaga olak dari mana.
Kurik Kundi Merah SagaDari Daik pergi ke Deli, Singgah berlabuh Lautan China; Sudah kubelek baru kubeli, Mana boleh jadi terkena.
Kurik Kundi Merah SagaHendak menuju ke Pulau Deli, Buah pauh di dalam guni; Tenggelem kapal datang ke mari, Adakah kenal orang di sini.
Kurik Kundi Merah SagaDari Nanung ke Pasir Deli, Sayang seladang ditikam duri; Bagailah mana hendak dicari, Adinda jua gilaku mati.
12

Kembali ke atas