Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.li.ma] | دليما

Definisi : sj tumbuhan (pokok renek), Punica gramnatum; ~ burung sj tumbuhan (pokok renek), daun pekan, delik air, Memecylon dichotomum; ~ hutan sj tumbuhan (pokok renek), cempaka tanjung, Gardenia tubifera; ~ merekah warna bibir yg elok; batu ~ sj permata (berwarna merah muda); warna ~ warna merah muda; spt daun ~ dgn bunganya prb hidup yg tidak berguna. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.li.ma] | دليما

Definisi : nama sj pokok atau buahnya (buahnya boleh dimakan), Punica gromatum. ~ merekah warna bibir yg elok (merah). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata delima

Puisi
 

Delima batu dipenggal-penggal,
     Bawa galah ke tanah merah;
Lima waktu kalau ditinggal,
     Allah taala memang marah.


Lihat selanjutnya...(30)
Peribahasa

Seperti daun delima dengan bunganya.

Bermaksud :

Hidup yang tiada berguna.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaSatu tampik jariku lima, Dua tampik jari sepuluh; Nasib benar buah delima, Delima ditanam peria tumbuh.
Kurik Kundi Merah SagaDelima batu dipenggal-penggal, Bawa galah ke tanah merah; Lima waktu kalau ditinggal, Allah taala memang marah.
Kurik Kundi Merah SagaSayang delima masak merkah, Kasi makan raja di Daik; Buah tinggi apa diranggah, Tunggu masak bukankah baik?
Kurik Kundi Merah SagaBuah delima masak merekah, Sudah tika berbunga lagi; Bermohon kasih puas sudah, Ibarat embun dibakar matahari.
Kurik Kundi Merah SagaBuah pauh delima batu, Daun terlantar di Pulau Ulat; Saya jauh di negeri satu, Burung terbang berkirim surat.
Kurik Kundi Merah SagaPutik pauh delima batu, Anak sembilang di tapak tangan; Sungguh jauh di negeri satu, Hilang di mata di hati jangan.
Kurik Kundi Merah SagaPucuk pauh delima batu, Anak sembilang di tapak tangan; Tuan jauh negeri satu, Hilang di mata di hati jangan.
Kurik Kundi Merah SagaBuah pauh delima batu, Anak sembilang di tapak tangan; Saya jauh beribu batu, Saya di sini dilupa jangan.
Kurik Kundi Merah SagaBangat-bangat menanam delima, Buah ranum merah menyala; Ingat-ingat pesan panglima, Hilang Melayu hilang dunia.
Kurik Kundi Merah SagaAmbilkan saya buah delima, Masak sebiji di balik daun; Budi tuan saya terima, Jadi kenangan bertahun-tahun.
123

Kembali ke atas