Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata demam

Puisi
 

Buah putat kukata ulam,
     Bukanlah ulam kulari pulang;
Adinda pucat kukata demam,
     Bukannya demam di hati yang pulang.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Berbaur bagaikan muntah,
     bercerai bagaikan demam.

Bermaksud :

Sanak saudara, bila jauh selalu terkenang tetapi bila dekat selalu bertengkar. (Peribahasa lain yang sama makna: Jauh bau bunga, dekat bau tahi [= kencing]).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaYu-yu kataku tamban, Kalau tamban mana loncatnya? Rindu-rindu kata demam, Kalau demam mana pucatnya?
Kurik Kundi Merah SagaBuah putat kukata ulam, Bukanlah ulam kulari pulang; Adinda pucat kukata demam, Bukannya demam di hati yang pulang.
Kurik Kundi Merah SagaAnak yu katakan tamban, Kalau tamban mana loncatnya; Tuan rindu katakan demam, Kalau demam mana pucatnya?
Kurik Kundi Merah SagaAnak lundu katakan tamban, Kalau tamban ada luncangnya; Badan rindu katakan demam, Kalau demam ada pucatnya.
Kurik Kundi Merah SagaRiak-riak kata ke toman, Kalau toman nampak riaknya; Nampak layu katakan demam, Kalau demam ada pucatnya.
Kurik Kundi Merah SagaMacam mana tamban nak loncat, Tamban baru dua jari; Macam mana demam nak pucat, Demam baru dua hari.
Kurik Kundi Merah SagaKe laut mari mengail duri, Terasa pula badan nak demam; Putih kuning mengajak lari, Saya tak tahu rumah imam.
Kurik Kundi Merah SagaHanyut rakit batu tenggelam, Minyak ada berbuli-buli; Matahari sakit bulan demam, Itulah tanda dunia tak suci.
Kurik Kundi Merah SagaBintang tujuh tinggal enam, Jatuh sebiji telaga Daik; Berasa tubuh bagai nak demam, Sesudah berjumpa baru baik.
Kurik Kundi Merah SagaPinang tujuh tinggal enam, Jatuh sebiji di Gunung Daik; Peluk tubuh rasa nak demam, Baru kutahu badan tak baik.
12

Kembali ke atas