Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.na/] | دنق

Definisi : 1. burung atau binatang pemikat (utk menarik burung atau binatang yg hendak diperangkap dsb), umpan: Dolah batuk menguku-nguku macam ~ tekukur melawan; 2. Kd telur yg digunakan utk mengumpan ayam supaya ber­telur; ayam ~ a) ayam hutan; b) ayam katik; ~ penunggul (burung) pemikat yg dilekatkan pd tunggul kayu; spt ~ mencari lawan prb se­seorang yg gagah dan berani. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.na/] | دنق

Definisi : burung (binatang) pemikat. ayam ~ a. ayam hutan. b. ayam katik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata denak

Puisi
 

Ayam denak hujung tualang,
     Hutan batu bersimpul pulih;
Hak jinak menjadi jalang,
     Ke mana hatiku hendak boleh.


Lihat selanjutnya...(15)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaAyam denak hujung tualang, Hutan batu simpul pulih; Hak jinak jadi jalang, Guna tipu hendak boleh.
Kurik Kundi Merah SagaAyam denak hujung tualang, Hutan batu bersimpul pulih; Hak jinak menjadi jalang, Ke mana hatiku hendak boleh.
Kurik Kundi Merah SagaAyam denak di tengah padang, Mari dipecat budak raja; Sungguh jinak mata memandang, Tak boleh ditangkap sahaja.
Kurik Kundi Merah SagaAyam denak beranak empat, Cari makan di cerang rimba; Tengok jinak tangkap tak dapat, Hati mana saya tak gila.
Kurik Kundi Merah SagaAyam denak ayam dani, Ayam cempa makanlah padi; Kalau tiada abang di sini, Kamilah rindu sampai ke mati.
Kurik Kundi Merah SagaTidak jadi padi Terengganu, Anak denak berkawan tiga; Tak jadi dengan cik anu, Hari besok berbesan juga.
Kurik Kundi Merah SagaCik tuan memotong baju, Temak denak tengah jerami; Jika tuan cakap begitu, Sangat benak hati kami.
Kurik Kundi Merah SagaRumah datuk di Tanjung Mawar, Ayam denak si tiga puluh; Santap tuan memakan tawar, Sirih tanam belum tumbuh.
Kurik Kundi Merah SagaTak tumbuh padi di pintu, Anak denak di hujung serambi; Kalau sungguh cakap itu, Sungguh benak hati kami.
Kurik Kundi Merah SagaKalau cik puan memotong baju, Tambat denak di tengah jerami; Kalau abang kata begitu, Sungguh enak hati kami.
12

Kembali ke atas