Kurik Kundi Merah Saga | Saya malas menyipat bemban, Bemban sebatang sebutir nyiru; Saya malas menaruh dendam, Dendam sebulan setahun rindu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Air dalam bertambah dalam, Hujan dahulu belumlah teduh; Hati dendam bertambah dendam, Luka dahulu belumlah sembuh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Saya malas menyukat bambu, Kerana bambu sebatang nyiru; Kami tak cakap dendam memadu, Dendam sebulan setahun rindu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Banyak nyamuk di Tanjung Arus, Rindu dendam di dalam puan; Tubuh gemuk menjadi kurus, Kerana rindu denganmu tuan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ribu-ribu dari angsana, Cincin permata jatuh ke ruang; Dendam rindu sebut namanya, Airlah mata jangan dibuang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ribu-ribu biji nangkaku, Cincin permata jatuh ke lubang; Dendam rindu sebut namaku, Air mata jangan dibuang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Gayung gendang pecah balai, Kusembah mari raja Cendana; Kamu dendam datang ke mari, Kami tak boleh datang ke sana. |
Kurik Kundi Merah Saga | Batu Berendam Batu Kurau, Batu Lesung Batu Rakit; Rindu dendam bawa bergurau, Bawa termenung jadi penyakit. |
Kurik Kundi Merah Saga | Banyak biji buah nangkaku, Intan permata jatuh di lubang; Dendam rindu sebut namaku, Air mata jangan dibuang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang kemanti si raja burung, Hinggap berhenti kayu mati; Berapalah dendam berkurung, Belum berjumpa si buah hati. |