Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bunyi spt bunyi air (hujan) yg jatuh menitik; berderai, berderai-derai berbunyi spt bunyi air (hujan) yg jatuh menitik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata derai I

Puisi
 

Jika hujan berderai-derai,
     Turun monyet naik lembiding;
Tiga hari lama bercerai,
     Sobok-sobokkan sebelah dinding.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Bagai ayam si tombong,
     kokok berderai-derai,
ekor bergelimang tahi.

Bermaksud :

Seseorang yang cakapnya tinggi tetapi keluarganya dalam kemelaratan. tombong = sombong.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaHujan panas berderai-derai, Derai mula dari hulu; Di sini kita bercerai, Di akhirat kita bertemu.
Kurik Kundi Merah SagaJika hujan berderai-derai, Turun monyet naik lembiding; Tiga hari lama bercerai, Sobok-sobokkan sebelah dinding.
Kurik Kundi Merah SagaDaun cenalu berbalik-balik, Gugur ke tanah berderai-derai; Pengantin baru masuk ke bilik, Orang ramai mula bersurai.
Kurik Kundi Merah SagaBurung pipit burung serindit, Terbang ke awan berderai-derai; Apa nak sesal padanya nasib, Nyawa di badan lagikan bercerai.
Kurik Kundi Merah SagaPohon senduduk pohon serai, Pohon senduduk buat pedati; Dengar kokok berderai-derai, Melihat ekor bergelumang tahi.
Kurik Kundi Merah SagaWak-wak di pucuk pumpung, Mengirai-ngirai bulu dadanya; Sudah juak di pintu kampung, Berderai-derai air matanya.

Kembali ke atas