Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dé.wi] | ديوي

Definisi : (déwi) 1. dewa perempuan: ~ Dermadewi; ~ Pertiwi; 2. ki jantung (buah) hati (bkn perempuan yg cantik); kedewian sifat spt dewi, tentang dewi: wajahnya menyerlahkan sifat kemanusiaan dan juga ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dé.wi] | ديوي

Definisi : /déwi/ 1 dewa perempuan. 2 ki buah hati (bkn perempuan yg cantik). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dewi

Puisi
 

Burung jelatik makan padi,
     Burung puyuh dalam jebak;
Wahailah adik Sita Dewi,
     Pandaikah cik adik masak-memasak?


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

161

Dig a well before it rains

Buat persediaan sebelum terlambat

Sediakan payung sebelum hujan

"Why do you have to bring an umbrella?" asked Dewi. "Dig the well before it rains," I replied. " But it's not going to rain today, and it's not the rainy season," said Dewi. "But we can use it as a weapon for out protection from wild dogs and suspicious man!" I reminded her.

''Kenapa awak bawa payung?” tanya Dewi. “ Sediakan payung sebelum hujan,'' jawabku. ''Tetapi hari ini tidak hujan, dan sekarang ini bukan musim tengkujuh,'' kata Dewi. ''Tetapi payung ini boleh kita gunakan sebagai senjata untuk melindungi kita daripada anjing liar dan orang yang mencurigakan!'' aku mengingatkannya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(5)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaSayang dewa membuang dewi, Sedikit kapur banyak gambir; Banyak bohong buat sendiri, Sedikit tutur banyak sindir.
Kurik Kundi Merah SagaBurung jelatik makan padi, Burung puyuh dalam jebak; Wahailah adik Sita Dewi, Pandaikah cik adik masak-memasak?
Kurik Kundi Merah SagaAnak itik si itik Tawi, Marilah mandi di dalam pedena; Kalaulah adik Sitalah Dewi, Abanglah semacam Serilah Rama.
Kurik Kundi Merah SagaRisik rebab di dalam bilik, Mengulitkan tidur Raja Betawi; Rambut lebat keningnya lentik, Cantik semacam Sitalah Dewi.

Kembali ke atas