Kurik Kundi Merah Saga | Terbang ayam di tengah laman, Kuis-kuis mencari makan; Sudah biasa dacing di tangan, Rugi di kampung untung di pekan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Gok-gok minum di kendi, Di dalam kendi berisi bunga; Gilalah mabuk kerana budi, Di dalam budi saya terkena. |
Kurik Kundi Merah Saga | Maulana Si Maulani, Kucing bubuk makan di pinggan; Mahu di sana mahu di sini, Seperti pungguk rindukan bulan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sepuluh hari di Teluk Ramunia, Orang bertandak di atas tanah; Sudah menjadi resam dunia, Di mana bengkak di situ menanah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dua tiga bernama perigi, Batu berlonggok di tepi jalan; Tuan di sana saya di sini, Bagai pungguk rindukan bulan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Angin barat gelombang timur, Ombak memecah di atas tangga; Tuan di barat kami di timur, Panas bersama datang menganga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tidak dapat dikira-kira, Air mata jatuh segera; Karam di laut angin di udara, Karam di hati kerana cinta. |
Kurik Kundi Merah Saga | Terang bulan menggali ubi, Ubi digali berkarung-karung; Tuan di awan saya di bumi, Berkirim surat di mulut burung. |
Kurik Kundi Merah Saga | Di mana deru di situ ribut, Ribut diiring angin utara; Garam saya air di laut, Tak masin banyak sikit pun ada. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pangeran duduk di Jambi, Puyuh maharam di atas padi; Sangat hairan di hati kami, Guruh menderam hujan tak jadi. |