Kurik Kundi Merah Saga | Pusat paruh di antara tanam, Tanam jangan di antara padi; Jikalau jauh di antara badan, Jauh jangan menyerah diri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Banyak bunga di kala subuh, Bunga yang kasa di antara layu; Banyak abang dipandang sungguh, Kanda juga dipandang lalu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ombak di laut meniti buih, Ombak datang dari seberang; Antara budi dengan kasih, Mana satu dikenang orang? |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang Senggora pulau di laut, Tempat kapal pergi datang; Hidup kita antara maut, Cari pagi makan petang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Suluh menyuluh di Teluk Emas, Panas sejuk angin utara; Ribut taufan baik berkemas, Antara belum jadi sengsara. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kapal Acheh Salleh tolak, Mari terlena di Pulau Minyak; Setengah kasih setengah tidak, Antara jangan dicampur hendak. |