Kurik Kundi Merah Saga | Orang belayar di atas layar, Orang berjudi di atas rimbat; Hutang rial boleh dibayar, Hutang budi bertambah rimbat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah pauh di atas batang, Sayang cermai di atas batu; Tuan jauh ke mari datang, Meramai akan kampungku. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah pauh di atas batang, Sayang cermai di atas batu; Tuan jauh ke mari datang, Meramai akan kampungku. |
Kurik Kundi Merah Saga | Teluk merah di atas talam, Talam terletak di atas geta; Inilah surat berkirim salam, Dakwat bercampur air mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Berdentum guruh di atas papan, Kilatnya sampai di atas bahu; Tujuh syurga di dalam badan, Tolong huraikan satu persatu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bunga raya di atas peti, Bunga melur di atas batu; Memang ada niat di hati, Hendak menyunting bunga yang satu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Putus tali di atas papan, Mari terletak di atas tangan; Sudah hati kumbang berlapan, Mengenang bunga di dalam tangan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Di atas tebing airnya pasang, Sakit terlanggar padang berduri; Sudah teringat memandang abang, Rasa membunuh badan sendiri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bubuh di atas dulang suasa, Beri minum ratu Majapahit; Mustahil kan hilang penyakit cinta, Jika tak dapat tidur pun sakit. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak tupai di atas carang, Jatuh melompat patah kaki; Kalau pandai menjaga barang, Mana boleh jadi rugi. |