Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[di.ba.wah] | د باوه

Definisi : 1. di kawasan sekeliling rumah dsb yg bertangga (mis di taman, di perkarangan, dsb): kanak-kanak itu disuruh ibu mereka pergi bermain ~; 2. di ruang kosong di antara tiang rumah atau kaki meja (kerusi dll): ~ meja; 3. yg terletak pd baris (ruang dsb) yg berikutnya: sila rujuk pd rajah ~; baca petikan ~; 4. kurang drpd: kanak-kanak ~ umur 12 tahun; 5. berada dlm atau tertakluk pd (peraturan, undang-undang, bimbingan, arahan, kuasa, dsb): kakitangan ~ jagaannya; orkestra ~ pimpinan Johari Saleh; orang ~ orang yg lebih rendah (pangkat, kedudukan, dsb); ~ harga lebih murah drpd harga yg sebenarnya; ~ ketiak di bawah pengaruh (orang tua dll); ~ lindungan dilindungi oleh; ~ penilikan ditilik oleh; ~ perintah diperintahkan oleh; ~ umur belum dewasa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[di.ba.wah] | د باوه

Definisi : 1 di tempat yg lebih rendah: Mari kita pergi bermain-main ~ pohon jambu itu. 2 kurang drpd: Markahnya ~ markah saya. 3 dlm kuasa atau dlm pimpinan seseorang: zaman kegemilangan Melaka ~ pemerintahan Sultan Alaudin yg adil lagi bijaksana. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata di bawah

Puisi
 

Apa busuk di bawah bangku,
     Anak ayam mati terlentang;
Siapa duduk dengan Cik Bongsu,
     Bagai bulan pagar dek bintang.


Lihat selanjutnya...(55)
Peribahasa

Di bawah ketiak orang.

Bermaksud :

Di bawah kekuasaan orang.

 

Lihat selanjutnya...(35)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBanyaknya di bawah bunga bertabur, Harum berbau merata-rata; Rasa jiwa umpama lebur, Kerana rindu asyik bercinta.
Kurik Kundi Merah SagaApa busuk di bawah bangku, Anak ayam mati terlentang; Siapa duduk dengan Cik Bongsu, Bagai bulan pagar dek bintang.
Kurik Kundi Merah SagaPasang api di bawah belanga, Pakai memasak daging kerbau; Tuan pergi janganlah lama, Tidak berteman adik bergurau.
Kurik Kundi Merah SagaSelasih hidup di bawah titi, Makan bersama buah papaya; Kasih datuk tersalah beri, Orang tidak menimbang rasa.
Kurik Kundi Merah SagaSelasih hidup di bawah titi, Makan bersama buah papaya; Kasih datuk tersalah beri, Orang tidak menimbang rasa.
Kurik Kundi Merah SagaOrang menggala di bawah beringin, Patah penarik tunggang-langgang; Apa sebab abang tak ingin, Rambut elok paras ke pinggang.
Kurik Kundi Merah SagaMengail ikan di bawah batang, Ikan siakap kata senangin; Tiga bulan abang tak datang, Sirih dihantar dilayang angin.
Kurik Kundi Merah SagaMati terselit di bawah pandan, Pandan berbunga wanginya; Baru berjumpa muka dan badan, Kiranya cincin akan tandanya.
Kurik Kundi Merah SagaLambai-lambai di bawah batang, Mengembang bunga cempaka biru; Tuan kulambai serta datang, Tapi datangnya tersindu-sindu .
Kurik Kundi Merah SagaAnak kunci dikait anak, Di bawah pokok pohon kelapa; Kecil jangan disangka anak, Besar jangan disangka bapa.
123456

Kembali ke atas