| Kurik Kundi Merah Saga | Air pasang limpah ke pasar, Tanam pinang kelapa mati; Di manalah tuan belajar, Pandai mencari isyarat hati. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Kalau ada buah cempedak, Jangan diperam dengan ragi; Khabar tiada alamat pun tidak, Di manalah hendak dicari lagi. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Kalau ada buah cempedak, Jangan diperam dengan ragi; Khabar tiada alamat pun tidak, Di manalah hendak dicari lagi. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Burung merpati bertelur tunggal, Menetas anak turun ke paya; Ibu mati bapa pun meninggal, Di manalah tempat kami nak bermanja. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Kelap-kelip kunang-kunang di rimba, Tempat di pohon gedung; Silap sedikit marahkan hamba, Di manalah tempat diri berlindung. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Kalau ubi hendak dijual, Jual sekali pegaga di sawah; Berdetak di hati terbit kesal, Manalah terduga akannya padah. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Anak Cina dari seberang, Rama-rama di pohon turi; Saya datang ke kampung orang, Manalah sama kampung sendiri. |