Kurik Kundi Merah Saga | Di sini rumput di sana rumput, Rumput bernama pudak Melaka; Di sini luput di sana luput, Baru bernama badan celaka. |
Kurik Kundi Merah Saga | Di sini gunung di sana gunung, Sama dengan Gunung Sebandi; Di sini bingung di sana bingung, Sama dengan penerang hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Nampak dari tanah Makkah, Di sana ramai anak bidadari; Sabarlah kita sebelum nikah, Sama-samalah menjaga diri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hai berkayuh ke Sungai Panjang, Di sana urusan berhari-hari; Minta doa umur panjang, Kalau berjumpa terkenang lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Laksamana menabur durian, Buah belimbing terhentak-hentak; Tuan laksana buah durian, Di sana gugur sana melantak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tuan Melana saya Melini, Makan terubuk seorang menelan; Kekasih di sana abang di sini, Ibarat pungguk rindukan bulan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bunga andana bunga andani, Tiga dengan bunga cipur; Tuan di sana saya di sini, Arwah juga berulang tidur. |
Kurik Kundi Merah Saga | Nyiur pinang dilentuk ayun, Bunga pekan dalam cerana; Dalam perut bagai dialun, Mendengar pesan abang di sana. |
Kurik Kundi Merah Saga | Banyak pinang serta sayur, Bunga pekan dalam cerana; Hati perut bagai dilayur, Dengar pesan abang di sana. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pagi hari mandi di perigi, Mandi di sana banyak juga; Kalau tidak dapat tahun ini, Tahun depan kuambil juga. |