Kurik Kundi Merah Saga | Sarang penyengat di pucuk kangkung, Ada sebelah di dalam cawan; Ingat-ingat muda sekampung, Mata sebelah mencari lawan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Berdua-dua berjalan malam, Kain disidai di rumah sebelah; Mabuk arak dari semalam, Main mabuk bila nak sudah? |
Kurik Kundi Merah Saga | Bunga sena kuning mencelah, Daun kering jatuh bersepah; Saya yang hina buang sebelah, Hidup di dunia bagai sampah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang berperang jatuh tersungkur, Buat kubu sebelah kiri; Adat di hutan harimau mengambur, adat Adat lalang makan api. |
Kurik Kundi Merah Saga | Budak nakal di pintu raja, Pakai pedang sebelah kiri; Buah masak kalau tak jaga, Disambar keluang dibawa lari. |
Kurik Kundi Merah Saga | Batu Pahat perigi batu, Sebelah sana Gunung Banang; Abang pergi bawalah aku, Duduk di rumah hati tak senang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang encik Melayu, Pakai serban senget sebelah; Kalau berbunyi burung jentayu, Ayam di reban serba salah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cincin perak cincin suasa, Mari dipakai sebelah kanan; Biar rosak sama binasa, Kasih tiada lepas di tangan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Layang-layang jatuh meriba, Jatuh gemercing di tengah laman; Kita sayang orang tak suka, Macam bertepuk sebelah tangan. |