Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata di tengah-tengah

Puisi
 

Apa putih di tengah laut? Anak Cina menangguk udang;
     Apa putih di tengah rambut? Bunga cina baru nak kembang.


Lihat selanjutnya...(97)
Peribahasa

Gajah sama gajah berjuang,
     pelanduk mati di tengah-tengah.

Bermaksud :

Kalau raja-raja berselisih, rakyat mendapat susah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gajah bergajah-gajah, pelanduk mati tersepit, b. Gajah berjuang sama gajah, pelanduk [= kancil] mati di tengah-tengah).

 

Lihat selanjutnya...(46)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBurung serindit tidur tergantung, Tergantung mari di alang tengah; Tabiklah datuk empunya kampung, Kami bermain di tengah-tengah.
Kurik Kundi Merah SagaApa putih di tengah laut? Anak Cina menangguk udang; Apa putih di tengah rambut? Bunga cina baru nak kembang.
Kurik Kundi Merah SagaApa putih di tengah laut, Ruku-ruku tanaman Cina; Apa putih di tengah rambut, Telur kutu disangka bunga.
Kurik Kundi Merah SagaAnak laksamana bermain pedang, Anak Belanda mencukur janggut; Membuang tuba di tengah padang, Anak mati di tengah laut.
Kurik Kundi Merah SagaPergi ke hutan memburu rusa, Rusa berjemur di tengah panas; Kalau pandai menimbang rasa, Jangankan tepi di tengah tak lemas.
Kurik Kundi Merah SagaSaya hendak menyukur janggut, Anak tauke bermain pedang; Di tengah laut gelombang ribut, Ikan mati di tengah padang.
Kurik Kundi Merah SagaLetak di tengah talam, Mari tumbuk kutapisi; Bangun tersedak tengah malam, Bantal kupeluk kutangisi.
Kurik Kundi Merah SagaOrang berseru di tengah medan, Pegang senjata minta lawan; Singa bertempik tengah hutan, Garoda lari sampai ke awan.
Kurik Kundi Merah SagaKain ini carik di tengah, Mari dijahit budak hulu; Tengah berkasih datang fitnah, Baik kita berhenti dahulu.
Kurik Kundi Merah SagaKain putih koyak di tengah, Pakaian anak naik ke hulu; Tengah kasih datang fitnah, Biar saya berundur dahulu.
12345678910

Kembali ke atas