Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dia

Puisi
 

Dia beli sakin tiga suku,
     Kan diambil bak ambar jalan;
Mande kandung duduk di pintu,
     Melihat anak kan berjalan.


Lihat selanjutnya...(76)
Peribahasa

Gelagah boreh rambutan,
     orang berbunga dia berbunga,
orang berbuah dia tidak.

Bermaksud :

Orang yang meniru-niru perbuatan orang lain kerana mengharapkan keuntungan, tetapi perbuatannya itu sia-sia belaka. (Bandingkan dengan: Berbunga sama berbunga: yang lain berbuah, dia tidak). gelagah boreh = rambutan jantan.

 

Lihat selanjutnya...(35)

13

A bad workman always quarrels with his tools

Orang yang tidak pandai melakukan sesuatu pekerjaan biasanya enggan mengakui kelemahan diri tetapi sebaliknya menyalahkan alat yang digunakan pula.

Sebab tak tahu menari, dikatakan lantai tinggi rendah.

She apologized for the burnt cookies, saying that her oven was an old model. Incompetent people always blame other things for their failures. As the saying goes, a bad workman always quarrels with his tools.

Dia meminta maaf kerana biskut tersebut hangus. Alasannya ialah ketuharnya model lama. Orang yang tidak mahir sering menyalahkan benda lain atas kegagalan mereka, bak kata pepatah sebab tak tahu menari, dikatakan lantai tinggi rendah.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(19)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaAnak merbah hinggap di ranting, Disumpit oleh anak sakai; Bila tergelak dia menjeling, Bila jauh dia melambai.
Kurik Kundi Merah SagaDia beli sakin tiga suku, Kan diambil bak ambar jalan; Mande kandung duduk di pintu, Melihat anak kan berjalan.
Kurik Kundi Merah SagaBuah padi terlalu masak, Buah dia lalu ke pucuk; Hati kami sudahlah rosak, Siapa dia dapat memujuk.
Kurik Kundi Merah SagaAnak lang kayu tinggi, Patah ranting terbanglah dia; Anak dagang datang ke sini, Sampai masa pulanglah dia.
Kurik Kundi Merah SagaKacang melilit di tanah rata, Ambil dimasak bersama timun; Dia masam sebelum ditegur, Bila ditegur dia tersenyum.
Kurik Kundi Merah SagaAnak lang di kayu tinggi, Patah ranting terbanglah dia; Anak dagang jatuh ke sini, Sampai musim pulanglah dia.
Kurik Kundi Merah SagaAnak lang di kayu tinggi, Patah ranting terbanglah dia; Anak dagang terlanjur ke mari, Sampai musim pulanglah dia.
Kurik Kundi Merah SagaDi mana didikku tadi, Padi tumpah bawah tangga; Di mana dia adikku tadi, Hati susah kerana dia.
Kurik Kundi Merah SagaTutunglah dia tutung pelita, Pakai menyuluh si gagang sirih; Berperanglah datang dengan dewa, Hendak merebut intan terpilih.
Kurik Kundi Merah SagaBukan benar bangsa Yahudi, Dia benar kafir melaun; Jika terkenang sebarang budi, Tidak kukenang seribu tahun.
12345678

Kembali ke atas