Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[diam.diam] | ديام٢

Definisi : dgn tidak memberitahu orang, secara senyap-senyap, secara sulit: dgn ~ sahaja dia keluar dr negeri Daha; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[diam.diam] | ديام٢

Definisi : 1 tidak memberitahu sesiapa pun; dgn atau secara sulit: Dia berkahwin ~ saja. 2 dgn diam: Budak itu disuruh duduk ~ sementara ibunya memasak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diam-diam

Puisi
 

Bila maharaja diam di hutan,
     Tebu dan jagung rosak binasa;
Lama ditinggal wajah tuan,
     Rindu ditanggung setiap masa.


Lihat selanjutnya...(22)
Peribahasa

Diam-diam lepu.

Bermaksud :

Musuh yang pendiam jangan dipermudah-mudahkan. lepu = ikan laut.

 

Lihat selanjutnya...(35)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaSungai Aruk tempatku diam, Tempat berumah dengan Ayubi; Sudah tahu diam-diam, Saya di rumah senang hati.
Kurik Kundi Merah SagaBila maharaja diam di hutan, Tebu dan jagung rosak binasa; Lama ditinggal wajah tuan, Rindu ditanggung setiap masa.
Kurik Kundi Merah SagaDewa-dewa melihat sakti, Diam dalam gua batu; Jangan encik susah hati, Susah ada Tuhan membantu.
Kurik Kundi Merah SagaBuah durian buah kuini, Mari jatuh atas para; Duduk diam laki bini, Selalu kena sakit kepala.
Kurik Kundi Merah SagaBunga lalang berikat benang, Bungkus mari dengan kain; Rimau diam nampak senang, Jangan tepuk nak buat main.
Kurik Kundi Merah SagaBuah durian buah kuini, Mari letak dalam pasu; Duduk diam laki bini, Macam orang tidak bernafsu.
Kurik Kundi Merah SagaCik Yam duduk di pintu, Sambil menjahit baju kurung; Sahabat diam memang begitu, Macam gunting makan di hujung.
Kurik Kundi Merah SagaAnjunglah Siam patah kemudi, Ambil paku lantak di papan; Diamlah diam tidak berbunyi, Lupalah malu bertepuk sopan.
Kurik Kundi Merah SagaKalau jeruju bandar Siam, Siang-sianglah kok padi; Kalau beralih tempat diam, Ulang-ulang mandi kini.
Kurik Kundi Merah SagaKencang utara daratan Siam, Bunyi beduk dari hulu; Datang sengsara duduk diam, Asalkan tertutup sekalian malu.
123

Kembali ke atas