Kurik Kundi Merah Saga | Anjunglah Siam patah kemudi, Ambil paku lantak di papan; Diamlah diam tidak berbunyi, Lupalah malu bertepuk sopan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung merpati terbang sekawan, Hinggap di hujung ruang seri; Buah hati diamlah tuan, Bonda berada di dalam negeri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jika berkelik parah di bukit, Ambil alu terkenangkan paya; Paling muka senyumlah sedikit, Sudah tahu diamlah kita. |