Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dibaca

Puisi
 

Buah macang setangkai lebat,
     Belum dimakan manis dahulu;
Budak ini menghantar surat,
     Belum dibaca menangis dulu.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Bagai memegang buah kepantangan beruk;
     ditelan mati emak,
diludahkan mati bapa.

Bermaksud :

Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang seba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo; dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu, b. Seperti Kur'an [Quran] buruk: dibaca tak boleh dipersebarangan dosa).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaPecah piring menjadi kaca, Pecah kaca menjadi gelas; Surat dikirim harap dibaca, Sudah dibaca harap dibalas.
Kurik Kundi Merah SagaBuah macang setangkai lebat, Belum dimakan manis dahulu; Budak ini menghantar surat, Belum dibaca menangis dulu.
Kurik Kundi Merah SagaBedak ini bedak dilingan, Bedak hanyut dari hulu; Surat ini surat kiriman, Belum dibaca menangis dahulu.
Kurik Kundi Merah SagaRambutku jangan ditocang, Indung saya di jari manis; Petang-petang surat datang, Belum dibaca dulu menangis.
Kurik Kundi Merah SagaSutera ini sutera gulungan, Sutera perajut kaca; Suratku ini surat kiriman, Dendam rindu boleh dibaca.
Kurik Kundi Merah SagaSutera ini sutera gulungan, Sutera perajut kaca; Suratku ini surat kiriman, Dendam rindu boleh dibaca.
Kurik Kundi Merah SagaKain buruk kain cukin, Taruh di meja lapik gelas; Sudah berpucuk warkah dikirim, Sudah dibaca mengapa tak dibalas?
Kurik Kundi Merah SagaKain buruk kain cukin, Taruh di meja lapik gelas; Sudah berpucuk warkah dikirim, Sudah dibaca mengapa tak dibalas?
Kurik Kundi Merah SagaCincang-cincang kerabu macang, Salah tercincang ke jari manis; Petang-petang surat tuan datang, Belum dibaca tunduk menangis.
Kurik Kundi Merah SagaKain berkocak jong sarat, Jong bermuat geluk kaca; Bau wangi dalam surat, Dicium dulu baru dibaca.
12

Kembali ke atas