Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dibayar

Puisi
 

Pisang emas bawa belayar,
     Masak sebiji di atas peti;
Hutang emas boleh dibayar,
     Hutang budi dibawa mati.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Kecil hutang diansur,
     habis hutang dibayar.

Bermaksud :

Tiap-tiap suatu pekerjaan yang besar dan berat jika diansur-ansur mengerjakannya nescaya akan berkurang, apa lagi kalau dapat disudahkan sekali gus.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBawa belayar pisang emas, Masak sebiji di atas peti; Boleh dibayar hutanglah emas, Hutang budi dibawa mati.
Kurik Kundi Merah SagaPisang emas bawa belayar, Masak sebiji di atas peti; Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati.
Kurik Kundi Merah SagaPisang emas bawa belayar, Diletak budak di atas peti; Hutang emas dapat dibayar, Hutang budi dibawa mati.
Kurik Kundi Merah SagaOrang belayar di atas layar, Orang berjudi di atas rimbat; Hutang rial boleh dibayar, Hutang budi bertambah rimbat.
Kurik Kundi Merah SagaAnak ayam di atas pagar, Turun ke tanah memakan padi; Kalau hutang wajib dibayar, Kalau janji wajib ditepati.
Kurik Kundi Merah SagaCina melompat lautan api, Merebut gemala di mulut naga; Asal mendapat kehendak hati, Mahal murah dibayar harga.
Kurik Kundi Merah SagaAyam ini ayam Melaka, Mari dijual ke Tanjung Pagar; Kalau tuan ingin berniaga, Hasil negeri mahulah dibayar.
Kurik Kundi Merah SagaDari Jejawi ke Kubang Gajah, Jangan simpang ke Mata Air; Mungkir janji bukan mudah, Bagai pemotong belum dibayar.

Kembali ke atas