Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dibelah

Puisi
 

Asam rumbia dibelah-belah,
     Buah separah dalam raga;
Dunia ikut firman Allah,
     Akhirat juga mendapat syurga.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Bagai rambut dibelah tujuh (= seribu)

Bermaksud :

Sedikit (= kecil) sekali.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKayu api dibelah-belah, Dibelah orang dengan parang; Hidup di dunia serba salah, Datang ke sini dikata orang.
Kurik Kundi Merah SagaAsam rumbia dibelah-belah, Buah separah dalam raga; Dunia ikut firman Allah, Akhirat juga mendapat syurga.
Kurik Kundi Merah SagaBuah durian dibelah dua, Mari kutaruh di dalam upih; Orang perempuan bersanggul dua, Kalau bercakap terlalu lebih.
Kurik Kundi Merah SagaBuah durian dibelah dua, Mari kutaruh dalam perahu; Orang perempuan bersanggul dua, Mari kucium orang tak tahu.
Kurik Kundi Merah SagaBuluh aur jangan dibelah, Titi dibuat berikat akar; Teguh setia tidak berubah, Janji ikrar jangan bertukar.
Kurik Kundi Merah SagaJelutung batang jelutuk, Batang jelutuk dibelah-belah; Mana pula tak boleh colek telunjuk, Telunjuk diberi oleh Allah.
Kurik Kundi Merah SagaBuah pinang terbelah dua, Sayang dibelah oleh Cik Dayang; Apa dikenang sanak-saudara, Memang sudah nasib berdagang.
Kurik Kundi Merah SagaPandailah pandai membelah buah, Buah dibelah pakailah parang; Pandailah pandai membawa olah, Jangan ketara di muka orang.
Kurik Kundi Merah SagaBuah limau masak merekah, Bawa pulang dibelah empat; Rimau yang garang lagi kulangkah, Inikan pula musang Jebat.
Kurik Kundi Merah SagaUkir-ukir pinang Betawi, Pinang satu dibelah dua; Fikir-fikir badan sendiri, Bantal satu kepalanya dua.
12

Kembali ke atas