Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diberi

Puisi
 

Nisan batu tambak belian,
     Jari jangan diberi luka;
Amanah ibu bapa pesan,
     Janji jangan diberi lupa.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Diberi bertali panjang.

Bermaksud :

Diberi kebebasan sepenuh-penuhnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Diberi berpadang luas).

 

Lihat selanjutnya...(46)

353

Give knaves an inch and they will take a mile

Diberi sedikit tetapi hendak lebih lagi.

Diberi betis hendak peha.

Since she is too poor to take care of her nine children, I agreed to bear one of her son's education expenses. Unfortunately, people like to take advantage of the generosity of others. Now she expects me to do same for her other children. Give knaves an inch and they will take a mile, indeed.

Oleh sebab wanita itu terlalu miskin untuk menjaga sembilan anaknya, saya pun bersetuju untuk menanggung perbelanjaan salah seorang anak lelakinya. Malangnya, orang suka mengambil kesempatan daripada kemurahan hati orang lain. Sekarang dia mengharapkan saya menanggung anak-anaknya yang lain pula! inilah yang dikatakan diberi betis hendak peha.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(12)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaHendak majun diberi majun, Majun ada di dalam jeruk; Hendak pantun diberi pantun, Pantun orang tua tidaklah elok.
Kurik Kundi Merah SagaNisan batu tambak belian, Jari jangan diberi luka; Amanah ibu bapa pesan, Janji jangan diberi lupa.
Kurik Kundi Merah SagaAnak Cina pelihara babi, Diberi makan daun keladi; Anak siapa berpantun tadi, Cuba pantun sekali lagi.
Kurik Kundi Merah SagaBuah padi masak bersantar, Diberi oleh raja Belanda; Tujuh hari mayat terlantar, Menanti ubat bawaan adinda.
Kurik Kundi Merah SagaKain culas di atas peti, Ditekat jangan diberi jangan; Sudah ikhlas dalam hati, Diumpat jangan dipuji jangan.
Kurik Kundi Merah SagaKalau ada kepuk di ladang, Boleh juga tumpang mandi; Diberi Allah umur panjang, Boleh kita jumpa lagi.
Kurik Kundi Merah SagaHendak majun kuberi majun, Majun saya dalam kuali; Hendak pantun diberi pantun, Pantun saya tidak terbeli.
Kurik Kundi Merah SagaPotong senduduk berbelah-belah, Mari diletak di dalam pinggan; Telunjuk saya diberi Allah, Suruh mencelup kapur intan.
Kurik Kundi Merah SagaBulan puasa memetik kelapa, Hendak menyambut Aidilfitri; Budi kami tidak seberapa, Kenangan diberi kekal abadi.
Kurik Kundi Merah SagaBurung pipit datang ke mari, Tempat orang menanam pala; Kening diangkat senyum diberi, Bagaimana hati tak gila.
123

Kembali ke atas